Tentang Aleef's Garden


Bismillah Walhamdulillah~

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah atas ter'make over'nya Aleef Garden blog ni setelah sekian lama diusahakan oleh buah hati untuk menjadikannya sebuah blog hehe~ Beliau yang bertanggungjawab untuk setup blog ini bersama designnya yang tersendiri tetapi akhirnya saya ubah kembali sebanyak dua kali, satu dengan bantuan sifu, dan akhirnya atas hasil eksplorasi mengikut citarasa sendiri. Alhamdulillah~~~

Mengapa Aleef's Garden?

"Aleef" adalah berasal dari nama anak saya Aleef Arsyad bin Ahmad Kamel. Laman ini pun dicipta atas impian untuk berkongsi nikmat sihat yang saya lalui sepanjang kehamilan Aleef Arsyad bersama nutrisi Shaklee. 9 bulan mengandungkan Aleef, 8 bulan saya bersama nutrisi Shaklee, membuahkan hasil yang tidak ternilai indahnya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Syukur atas segala nikmat sihat serta nikmat anak syurga yang sangat comel seperti Aleef Arsyad.

"Garden" adalah impian saya ibarat taman, yang mana taman ini membuahkan hasil nikmat sihat bersama Shaklee yang saya dan keluarga kecapi, dan saya juga berimpian agar laman ini menjadi sumber untuk saluran saya menyampaikan apa saja ilmu yang saya ketahui. Ibarat taman-taman ilmu yang kita hadiri sewaktu program mahupun perkongsian ilmu secara santai antara saya dan kenalan-kenalan sepanjang musafir di bumiNya yang indah ini.

InsyaAllah, ini adalah antara medan memberi yang mudah untuk kita semua usahakan. Berkongsi nikmat-nikmat kurniaanNya, semoga kehidupan kita semua diredhaiNya insyaAllah~

Salam ukhuwwah~

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad!
Senyum~~~ =)

No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com