Sunday, 24 December 2017

Landmark Study - Bukti Produk Shaklee Selamat Dan Berkesan



Jika anda sering tertanya-tanya apakah sebenarnya bukti bahawa produk Shaklee ini berkesan dan selamat untuk jangka masa panjang, "A Landmark Study" adalah jawapan terbaik bagi persoalan yang bermain di minda.

Pada tahun 2004, Pengerusi dan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnet ingin mengetahui  bagaimana keberkesanan produk Shaklee itu mampu membantu menggalakkan kesihatan yang baik. Atas sebab itu, beliau telah bersetuju untuk membiayai satu kajian yang komprehensif untuk membandingkan pengambilan produk Shaklee dalam jangka masa panjang dengan sekumpulan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengamal produk Shaklee, pengamal satu makanan tambahan saja dan peserta yang tidak mengambil apa-apa makanan tambahan. Di sini bermulanya "The Shaklee Dietary Supplement Study @ Landmark Study". Ia mengambil kira penggunaan paten, status kesihatan dan status nutrisi setiap peserta dalam kumpulan tersebut.


"Landmark Study" ini adalah satu kajian unggul iaitu satu-satunya syarikat yang menjalankan penyelidikan persendirian ke atas kesihatan dan risiko pengambilan makanan tambahan dalam jangka masa yang panjang.  Ia adalah satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti  Berkeley di California yang diketuai oleh seorang doctor iaitu Doktor Glady Block. Ini bermaksud, kajian tersebut dijalankan sepenuhnya oleh pihak universiti dengan pantauan dari Doktor Glady.

Ini adalah senarai produk Shaklee yang diambil oleh Kumpulan Pengguna Shaklee


Hasil dari kajian tersebut:


Keputusan 1: Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi

Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi bermaksud produk Shaklee adalah tinggi bioavailable iaitu penyerapan nutrisi produk Shaklee di dalam tubuh badan manusia lebih efisyen. Ini membezakan produk Shaklee dengan produk vitamin yang lain seperti yang terdapat di farmasi. Walaupun kadar nutrisi tinggi tapi jika ia tidak mampu diserap oleh badan, nutrisi tersebut akan tersingkir dari tubuh badan manusia.
 Keputusan 2: Risiko kesihatan rendah kerana bacaan darah lebih baik

Semakin rendah risiko, bermaksud kita berada dalam tahap kesihatan yang baik. Ujikaji ini meliputi kadar Homocysteine, HDL Kolestrol, Triglyceridies dan C-Reactive Protein yang ada dalam setiap tubuh badan peserta kajian tersebut.

 Ini adalah contoh hasil keputusan darah bagi setiap peserta kajian ini.

 Keputusan 3: Kes penyakit lebih rendah

Keputusan melalui carta di atas yang menakjubkan kerana peratus penyakit diantara pengguna Shaklee adalah sangat rendah. Keputusan ini meliputi peratus diantara penyakit Diabetes, Heart Health (Kesihatan Hati), Strok dan Emphysema (Jangkitan paru-paru) berbanding kumpulan yang tidak mengambil makanan tambahan mahu pun mengambil makanan tambahan satu jenis sahaja.
 
Keputusan 4: Pengguna Shaklee rasa lebih sihat

 Keputusan diatas adalah berdasarkan soal selidik untuk setiap peserta kajian. Melalui kaji selidik ini, pengguna produk Shaklee menyuarakan bahawa mereka rasa lebih sihat, lebih bertenaga, lebih positif berbanding kumpulan lain yang tidak mengambil makanan tambahan atau satu jenis produk sahaja. Dengan badan yang sihat, kehidupan anda pasti lebih hebat!

 Keputusan 5: Risiko rendah

 Keputusan ini menunjukkan tidak ada satu pun yang mengalami masalah nutrisi yang berlebihan di dalam tubuh badan bagi pengamal produk Shaklee. Ini membuktikan bahawa produk Shaklee adalah selamat kerana tubuh badan akan menyingkirkan nutrisi yang berlebihan jika tidak diperlukan oleh tubuh badan.



Sebelum berakhir, saya kongsikan video yang disediakan oleh Shaklee Malaysia tentang 'Landmark Study'. Alhamdulillah, dengan adanya kajian yang sangat penting seperti "Landmark Study" ini, saya tidak mempunyai masalah untuk ragu-ragu dengan setiap produk Shaklee. Pastinya ia lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Untuk bacaan lebih lanjut lagi, sila layari:

http://www.landmarkstudy.com/
http://healthresource.shaklee.com/

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Aina Fazlina | 0132928871 | SID: 896514

No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com