Jika anda sering tertanya-tanya apakah sebenarnya bukti bahawa produk Shaklee ini berkesan dan selamat untuk jangka masa panjang, "A Landmark Study" adalah jawapan terbaik bagi persoalan yang bermain di minda.
Pada tahun 2004, Pengerusi dan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnet ingin
mengetahui bagaimana keberkesanan produk Shaklee itu mampu membantu
menggalakkan kesihatan yang baik. Atas sebab itu, beliau telah bersetuju
untuk membiayai satu kajian yang komprehensif untuk membandingkan
pengambilan produk Shaklee dalam jangka masa panjang dengan sekumpulan
peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengamal produk Shaklee, pengamal satu
makanan tambahan saja dan peserta yang tidak mengambil apa-apa makanan
tambahan. Di sini bermulanya "The Shaklee Dietary Supplement Study @ Landmark Study". Ia
mengambil kira penggunaan paten, status kesihatan dan status nutrisi
setiap peserta dalam kumpulan tersebut.
"Landmark Study" ini adalah satu kajian unggul iaitu satu-satunya
syarikat yang menjalankan penyelidikan persendirian ke
atas kesihatan dan risiko pengambilan makanan tambahan dalam jangka masa
yang panjang. Ia adalah satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama
Universiti Berkeley di California yang diketuai oleh seorang doctor
iaitu Doktor Glady Block. Ini bermaksud, kajian tersebut dijalankan
sepenuhnya oleh pihak universiti dengan pantauan dari Doktor Glady.
Ini adalah senarai produk Shaklee yang diambil oleh Kumpulan Pengguna Shaklee
Hasil dari kajian tersebut:
Keputusan 1: Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi
Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi bermaksud produk Shaklee adalah tinggi bioavailable iaitu penyerapan nutrisi produk Shaklee di dalam tubuh badan manusia lebih efisyen. Ini membezakan produk Shaklee dengan produk vitamin yang lain seperti yang terdapat di farmasi. Walaupun kadar nutrisi tinggi tapi jika ia tidak mampu diserap oleh badan, nutrisi tersebut akan tersingkir dari tubuh badan manusia.
Keputusan 2: Risiko kesihatan rendah kerana bacaan darah lebih baik
Semakin rendah risiko, bermaksud kita berada dalam tahap kesihatan yang baik. Ujikaji ini meliputi kadar Homocysteine, HDL Kolestrol, Triglyceridies dan C-Reactive Protein yang ada dalam setiap tubuh badan peserta kajian tersebut.
Ini adalah contoh hasil keputusan darah bagi setiap peserta kajian ini.
Keputusan 3: Kes penyakit lebih rendah
Keputusan melalui carta di atas yang menakjubkan kerana peratus penyakit diantara pengguna Shaklee adalah sangat rendah. Keputusan ini meliputi peratus diantara penyakit Diabetes, Heart Health (Kesihatan Hati), Strok dan Emphysema (Jangkitan paru-paru) berbanding kumpulan yang tidak mengambil makanan tambahan mahu pun mengambil makanan tambahan satu jenis sahaja.
Keputusan 4: Pengguna Shaklee rasa lebih sihat
Keputusan diatas adalah berdasarkan soal selidik untuk setiap peserta kajian. Melalui kaji selidik ini, pengguna produk Shaklee menyuarakan bahawa mereka rasa lebih sihat, lebih bertenaga, lebih positif berbanding kumpulan lain yang tidak mengambil makanan tambahan atau satu jenis produk sahaja. Dengan badan yang sihat, kehidupan anda pasti lebih hebat!
Keputusan 5: Risiko rendah
Keputusan ini menunjukkan tidak ada satu pun yang mengalami masalah nutrisi yang berlebihan di dalam tubuh badan bagi pengamal produk Shaklee. Ini membuktikan bahawa produk Shaklee adalah selamat kerana tubuh badan akan menyingkirkan nutrisi yang berlebihan jika tidak diperlukan oleh tubuh badan.
Sebelum berakhir, saya kongsikan video yang disediakan oleh Shaklee Malaysia tentang 'Landmark Study'. Alhamdulillah, dengan adanya kajian yang sangat penting seperti "Landmark Study" ini, saya tidak mempunyai masalah untuk ragu-ragu dengan setiap produk Shaklee. Pastinya ia lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Untuk bacaan lebih lanjut lagi, sila layari:
http://www.landmarkstudy.com/
http://healthresource.shaklee.com/
http://healthresource.shaklee.com/
Sehingga berjumpa lagi! (",)
Aina Fazlina | 0132928871 | SID: 896514