Friday, 7 October 2016

Nutriferon Shaklee perisai untuk anak muntah akibat salah makan

Assalammu'alaikum~ =)

Alkisah Ahad lepas, Aleef Arsyad tersilap makan yang mengakibatkan muntah secara tiba-tiba jam 1 pagi. Semua pun terkejut. Habis keluar segala isi perut melambak-lambak di atas tilam. Usai kemas, sebelum tidur, Ummi berikan 1 sachet Nutriferon Shaklee, minum air masak, sapu minyak berangin di perut biar rasa selesa dan tukar tempat tidur. Ingatkan cuma seketika, rupanya dia muntah lagi! Kali ini, segala air yang dia minum termasuk Nutriferon Shaklee tadi keluar kembali. Terus ummi dan abah buat keputusan untuk ke klinik.



Nak dijadikan cerita, waktu itu kami di kampung abah dan siangnya cuti Awal Muharam. Meredah jalan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat, walaupun klinik tulis 24 jam, tapi semuanya tutup. Destinasi terakhir, ke Emergency Unit di Hospital Pantai Batu Pahat. Dalam perjalanan yang jauh, masih lagi mahu muntah. Tapi ummi dah standby kain awal-awal. Berganti kain jugalah akhirnya. Mujur sewaktu di hospital rasa muntah semakin reda.

Setelah doktor yang bertugas periksa, kata doktor memang perutnya berangin banyak! Bila disenaraikan makanan yang diambil, semuanya normal kecuali air yogurt. Bukan tidak pernah makan yogurt, tapi mungkin kali ini perut tidak serasi. Ditambah pula banyak bermain, makan sikit-sikit tapi pelbagai jenis. Lasak bermain di kampung, memang ke sana sini bermain dengan cousin yang ada. Mujur doktor kata anak syurga ummi ni nampak cergas dan tidak dehidrasi. Jika muntah sehingga lesu tidak bermaya, lidah kering, itu adalah petanda anak perlu dimasukkan ke dalam wad untuk drip air.

Alhamdulillahhhh… Lega hati ummi & abah. Tak dapat bayangkan jika perlu di ‘warded’ di kampung halaman abah. Sukar juga untuk berulang-alik kerana lokasi hospital yang jauh. Jam 3.20 pagi bertolak pulang dari hospital, ummi seakan mamai bila tiba di rumah jam 4 pagi mungkin... Dan sebenarnya, sampai di rumah, beberapa kali juga Aleef Arsyad bangun minta air masak untuk minum. Mungkin perut yang kosong membuatkan dia terasa haus. Abah yang berjaga, ummi dah sampai ke bulan…

Pada ummi, Nutriferon Shaklee yang ummi berikan lepas muntah pertama kali itu sedikit sebanyak membantu Aleef untuk bertahan. Nutriferon Shaklee ini bertindak sebagai “immune booster” bila sebarang penyakit melanda. Sebelum ini, ummi pernah berikan mak Nutriferon Shaklee bila cirit-birit. Alhamdulillah perut terasa lega dan tiada lagi cirit-birit. Pengalaman ummi sendiri, jika selsema yang terlampau dan tiada Vitamin C diwaktu itu, 1 sachet Nutriferon Shaklee mampu membantu untuk meredakan hidung yang gatal dan tidak selesa.



Antara faedah Nutriferon Shaklee:

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.


P/s: Tips untuk travel ke mana saja, Ummi akan pastikan Nutriferon Shaklee di bawa ke mana saja sebagai bekalan untuk kami sekeluarga. Berjaga-jaga sebelum terkena lebih jimat dan selamat, insyaAllah~ =)


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)

Aina Fazlina Mistiran
0132928871