Monday, 1 February 2016

Anak tantrum? Jom ke program Managing Children’s Behaviour!


Bismillah Walhamdulillah~

Pernah tak anda mengalami situasi begini; 

Anda ke program untuk menuntut ilmu bertajuk: Managing Children’s Behaviour. Sepanjang program anda fokus untuk mengetahui bagaimana untuk menangani masalah kanak-kanak / anak anda mungkin, yang telah anda hadapi tanpa mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Perkongsian demi perkongsian serta tips-tips diberikan. Tiba-tiba, salah satu daripada perkongsian tersebut menceritakan bagaimana kanak-kanak berubah tingkah laku dari jenis A ke jenis B. Contohnya dari jenis pendiam kepada jenis "outspoken"! Dan situasi tersebut amat sinonim dengan apa yang anda lalui dalam kehidupan anda semenjak dari kecil dahulu hinggalah dewasa. Dan kini, barulah anda tahu bagaimana dan apa jawapannya! Haaa… Menarik bukan?

Starting the program with full swing energy to share! :)

Ya… Itulah yang saya alami apabila menghadiri program “Parenting Talk With Dr. Putri Afzan Maria". Dan situasi di atas, hanyalah contoh. Kisah yang sebenar adalah rahsia eksklusif milik saya saja hehe... Tapi fokus saya untuk saya kongsikan pada semua adalah, niat datang program ini untuk mencari ilmu dalam persediaan mendidik anak-anak. But turn out to be, saya pun dapat jawapan atas apa yang saya lalui sepanjang proses kehidupan saya dari kecil sehinggalah bergelar seorang ummi kini. Seronokkan menimba ilmu milik Allah ni?

Tanggungjawab sebagai ibubapa ini sebenarnya berat kerana kita memikul amanah Allah untuk mencorakkan anak-anak yang lahirnya ibarat sehelai kain putih. Kita yang akan mewarnakannya mengikut acuan didikan kita. Lemah-lembutnya kita, insyaAllah anak juga bakal mewarisi perangai yang sama. Baran dan suka menjeritnya kita, anak-anak juga akan membesar menjadi seorang yang cepat marah, suka menjerit dan lebih kasar dari kanak-kanak biasa. Kerana apa? Kerana anak-anak ibarat span yang menyerap apa saja yang berada di hadapan mereka.



Mengapa anak-anak tantrum? Suka menjerit?

Mengapa anak-anak suka baling barang?

Mengapa anak-anak tidak mendengar kata?

Mengapa kita sebagai ibu bapa stress dengan tingkah laku anak-anak?

Bagaimana kita sebagai ibu bapa bertindak untuk berhadapan dengan mereka?


Percaya atau tidak, Dr. Afzan berkongsi dengan kami semua;

"Untuk anak-anak yang mempunyai IQ tinggi, sekurang-kurangnya kita perlu mengulangi sesuatu perkara itu sebanyak 250 kali!"

Contohnya, untuk mengajar anak-anak menghargai dengan menyebut “Thank you” atau Terima Kasih apabila menerima sesuatu yang mereka suka. Maka kita perlu ulang sebanyak 250 kali! Bagaimana pula jika anak-anak kita jenis sebaliknya? Lihat betapa banyak kali proses pengulangan perlu dilakukan sebelum kita buat kesimpulan: “That’s it! Tak dengar kata anak aku ni…” Merbahaya bukan? Kata-kata itu satu doa. Sebelum kita membuat kesimpulan, adakah kita mempunyai ilmu ini bahawa kita perlu mengulanginya banyak kali? Itu baru satu perkara dari banyak-banyak perkara.

Mengapa anak-anak berkelakuan tidak sepatutnya?

Kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahu.

Bagaimana terjadinya situasi anak-anak bertindak agresif apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu kan? Bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya? Ini pun menarik juga lebih-lebih lagi apabila kita berhadapan dengan anak-anak yang akan meraung, meronta-ronta, berguling-guling di atas lantai dalam shopping complex apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Perlukah untuk kita marah atau memalukan mereka di khalayak ramai? Bagaimana untuk mengalih perhatian mereka tanpa menjanjikan apa-apa yang sememangnya kita tidak mahu beri?

Amacam? Banyak tak perkara yang kita perlu tahu? Ni baru isi-isi program Dr. Afzan di awal rancangan saja. Belum lagi masuk bahagian anak-anak yang sering menangis bila baru mula darjah satu walaupun dah sebulan persekolahan bermula. Apakah teknik yang terbaik serta sesuai untuk menangani tingkah laku anak-anak mengikut umur mereka?

Pernahkah anda mengenali yang mana satu jenis anak-anak anda?

Secara kesimpulannya, saya wajibkan diri saya dan sesiapa saja yang bergelar ibu bapa di luar sana untuk hadiri program ini di masa akan datang. Bila kita mempunyai ilmu, insyaAllah tindakan kita berlandas teknik yang sepatutnya. Bukan sekadar melakukan apa yang kita warisi dari apa yang ibu bapa kita amalkan dahulu. Sama ada betul atau tidak konsep mereka dahulu, berjayanya atau tidak kita hari ini sebagai seorang anak, biarlah ianya berasaskan ilmu untuk kita berusaha mendidik anak-anak di zaman yang lebih mencabar dengan kecanggihan teknologi hari ini. Anak-anak bukanlah pertaruhan untuk kita cuba, try, test atau run and error. Mereka adalah amanah terindah kurniaan Allah SWT untuk kita semua, insyaAllah~ =)

 Credit goes to FB Page: Meet: Afzan Maria - The Early Childhood Practitioner

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur: Instagram - @bloomingyears, @earlylearningshopmy & Dr. Afzan sendiri (@putriafzanmaria) di atas perkongsian yang Subhanallah, tak terkata banyaknya ilmu yang diterima hari ini. I've found my Happy Heart! Alhamdulillah~ =)
Kerana buku Tales of Mothers, saya mengenali Dr. Afzan Maria! =)
(Ada kisah sebenarnya, insyaAllah saya kongsikan nanti~)


Bersama Ain + baby Nik Ahmad Firash yang sangat behave dalam program~



Tahukah anda;

"Minima pelukan kasih sayang yang anak-anak perlukan setiap hari adalah sebanyak 17 kali?"


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)