Thursday, 3 December 2015

Kolagen Shaklee, rahsia lebih muda dan sihat! =)

Bismillah Walhamdulillah~

Haaa, Adakah kolagen bermaksud "Pengeluaran Gam"? =)
Ok, saya cuma bergurau sebagai starter!

Tahukah anda, kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia? Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda. Di bawah ini adalah contoh bagaimana perbezaan wajah yang mempunyai kolagen yang sihat. Adakah kita tergolong dalam kategori kulit yang cukup kolagen atau kurang?

Kita boleh lihat banyak perbezaannya kan?

Mengapa kolagen Shaklee berbeza dengan produk kolagen jenama yang lain?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red  Snapper  Scale)  Collagen,  kolagen  yang  berkualiti  tinggi  dan  tulen  yang diekstrak  daripada  sisik  ikan merah. Kolagen Shaklee yang bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton* (Berat molekul diukur dalam unit Dalton), dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Dengan adanya kolagen Shaklee yang mempunyai jisim molekul yang rendah, ia mampu menyaksikan penyerapan optimum di dalam tubuh badan.

Kolagen Shaklee terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu:

1. Ekstrak  biji  benih  Camellia japonica
2. Ekstrak Pfaffia
3. Kolagen ikan
4. Ekstrak kerang-kerangan
5. Lactobacillus acidophilus
6. Vitamin  C
7. Vitamin  B

yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 



RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang. Ia adalah sumber kolagen yang tahan lasak kerana tekanan yang dihadapi akibat kedudukan ikan merah tersebut berasal dari laut dalam melebihi 4000 meter.

Ekstrak biji benih Camellia japonica 
Ekstrak  biji  benih  Camellia  japonica mengandungi asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Elastin dari kolagen ikan
Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal. 

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil  yang  bila  digabungkan  dengan wkstrak  biji  benih Camellia  japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

Vitamin C & B
Vitamin  C  menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

Lactobasilus acidophilus
Lactobasilus acidophilus ialah sejenis bakteria baik. Ia membantu untuk mengimbangi usus ikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

Antara kelebihan kolagen Shaklee adalah ianya mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Hanya perlu ambil satu peket, tuang ke dalam air atau anda boleh telan sebegitu saja bagi mereka yang sukakan rasa susu tepung yang asli. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.




Semakin usia kita meningkat, kolagen di dalam badan kita akan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti contoh:

•   Kulit berkedut, kering dan melayut
•   Kuku rapuh dan tidak kukuh
•   Rambut halus dan gugur

Kemerosotan semulajadi ini boleh kita pulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. =)



P/s: Sumber dipetik dari booklet Kolagen Shaklee


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)


No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com