Friday, 11 September 2015

RAHSIA! Indahnya Hidup Bersama Shaklee~

Bismillah Walhamdulillah~

Syyyhhh… RAHSIA ni! :)

Ini adalah RAHSIA saya mengapa saya rasa sangat indah dan bahagia bila bersama dengan Shaklee. Terlalu indah sehinggakan bila terjatuh pun mahu bangkit kembali. Bila tertinggal pun mahu bingkas bangun dan berlari. Bila dirasakan sukar juga masih degil ingin mencabar diri. Keluar dari zon selesa kata orang kampung saya! Itulah kebahagiaan yang hakiki. Hehe~ :)

Kesihatan

Ini adalah antara satu RAHSIA saya, nikmat terindah yang saya rasai apabila bersama Shaklee. Memulakan perjalanan bersama Shaklee dengan set mengandung, seterusnya set berpantang, set menyusu dan terkini adalah set sendi dan set kecantikan. Banyaknya set??? Ia… terlalu banyak sebab semuanya pun berkesan. Tak kenal maka tak cinta kata orang tua-tua. Dah kenal, dah merasa, dah mendapat hasil, terasa sangat rugi tidak berkenalan dengan Shaklee lebih awal lagi.

Tiada orang mengimpikan bangun dari tidur mengalami kesakitan di bahagian kaki yang mencucuk-cucuk dan tidak lama kemudian ia bengkak secara tiba-tiba. Dan seterusnya, kehidupan yang anda lalui adalah setengah hari berfungsi, setengah hari lagi anda sudah tidak mampu lakukan apa-apa. Dan natijahnya, doktor bekalkan anda dengan pain killer bersama dos 100mg setiap hari. Tapi dengan Shaklee, Alhamdulillah kini saya sudah memasuki ke 1 setengah bulan FREE from Pain Killer!

Sihat itu satu nikmat bukan? :)

Kerana itu saya katakan hidup ini indah dan bahagia bersama Shaklee. Bila sihat baru dapat bermain dengan anak, baru dapat dukung anak, baru dapat memasak untuk keluarga, baru dapat ke sana-sini dengan anak syurga nan seorang itu! :)

Anak syurga ummi~ :)

Ukhuwwahfillah

Saya menjadi ahli Shaklee melalui seorang senior yang merupakan kakak usrah kami - Kak Hany Fariza, sewaktu di kampus MMU dulu. Nak di jadikan cerita, jadi ahli pun sebab nak harga murah dan beliau pula berada di bawah sahabatnya iaitu Master Farihah. Dan Master Farihah pula, menjadi ahli dengan memilih Master Iffah sebagai mentornya. Dan upline atau pun bahasa mesra kami – mak beliau adalah kak Cery. Jauh kan perjalanan cerita? Tapi Alhamdulillah... Kerana Shaklee, saya kenal mereka semua, saya berkenalan juga dengan ramai lagi insan-insan di dalam keluarga besar Shaklee kami walaupun pangkat usia mereka ibarat ayah kandung saya mahu pun level seorang datuk pun ada. Hebat tak hebatnya Shaklee ni~ :)

Tiada istilah dengki atau iri hati dalam keluarga besar kami. Tiada istilah cucuk dalam, racun dari luar, jatuhkan mereka, atau apa saja bahasa yang tidak indah, berlaku dalam keluarga besar kami. Terlalu indah sehinggakan sideline yang berlainan keluarga juga berkongsi tips ikhlas dari hati untuk semua. Tiada istilah lokek ilmu. The more you GIVE, the more you will RECEIVE! Alhamdulillah, syukur Ya Allah~ :)

Mentor / Coaching

Bahagian mentor atau pun coaching ni lagi indah. Saya biarkan gambar sahaja yang berbicara kerana anda juga pasti mahu kan bukti bukan? :)

Coordinator Development Workshop! 
Dapat bersama moyang ninja~ :)

Presiden baru Shaklee Malaysia
Beliau berasal dari India! :)

Ayahanda Master Haji Roslan :)

Mentor kami yang telah berjaya: 
Master Firdaus & Master Iffah :)

Sebahagian keluarga besar kami

Walaupun berbisnes, anak-anak tetap sentiasa di sisi

Kasih seorang bapa, sanggup tolong isteri jaga permata hati!

Seronokkan? Ibarat satu keluarga besar yang bahagia. A very big home based business family! :) 

Peluang untuk hidup sihat dan ceria,
Peluang untuk jana pendapatan,
Peluang untuk bersama insan-insan hebat,
Peluang untuk bersama cipta impian,

Asbab itu semuanya saya katakan sangat indah, antara RAHSIA, mengapa saya cukup ceria dan bahagia bersama Shaklee. Jika anda ingin bersama kami, merasai RAHSIA yang saya alami, jangan segan silu untuk bertanya~ Hubungi saya dengan kadar segera! :)

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad!
Senyum~~~ (>_<)



No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com