Sunday, 6 September 2015

Yes! Akhirnya Berjaya Edit Bagi Blog Cantik!


Bismillah Walhamdulillah~


Alhamdulillah... Akhirnya, setelah mengambil mode untuk touch up mengikut citarasa hati, berjaya juga laman sesawang Aleef's Garden ni diedit semula dengan hasil usaha tangan sendiri. Sekian lamanya bersawang akibat ketiadaan usaha, akhirnya berjaya juga! Tepuk tangan sendiri dan ucapkan Alhamdulillah~

Rupa laman sesawang hasil sentuhan sifu Scheetah 

Gambar di atas, jika anda perhatikan image header Aleef Garden ini, tak center ke tengah. Gambar tersebut saya upload setelah sifu Scheetah edit kembali layout blog ini. Masa ambil gambar tak perasan pula gambar tak center hihi...

Asalnya laman sesawang ini telah diusahakan oleh buah hati cuma layout yang dipilih kategori advance untuk saya sehinggakan tersangkut apabila saya sendiri yang ingin add on apa-apa yang berkenan di hati. Lantas mendapatkan khidmat sifu Scheetah. Namun, asbab telah belajar asas-asas untuk setup blog yang mudah, gatal tangan pula nak godek-godek layout ni sendiri. Haruslah juga lepas tu kita tanya En. Google apa-apa tips untuk edit ikut citarasa hati kan? =)

Salah satunya adalah bagaimana nak centerkan image header di atas. Sama ada gambar kecil atau besar, muat cantik ikut size header yang ada, ataupun gambar yang kecil nak di set kan sebagai full width. Laman sesawang yang saya senang apply codingnya dalam blog ini bersumberkan dari Helplogger. Cara-caranya ialah:

Masuk ke laman blogger anda, pilih "Template" di sebelah kiri, dan kemudian pilih "Customize" untuk edit blog anda. Kemudia, pilih "Advanced" --> "Add CSS" tab, dan copy paste code di bawah ini ke dalam kotak "Add custom CSS".


#header-inner {
background-position: center !important; 
width: 100% !important;
text-align: center;
}
#header-inner img {
margin: auto;
}

Jika anda mempunya gambar yang kecil tetapi ingin jadikan center gambar tersebut "full width", copy coding di bawah. Tetapi awas, jika size gambar terlalu kecil, berkemungkinan pixel gambar anda akan pecah.

 #header-inner {
 background-size: cover;
 width: 100% !important;
 text-align: center;
 }
 #header-inner img {
 width: 100%;
 height: 100%;
 }

Hasil sentuhan godek-godek try and error tangan sendiri
P/s: Header gambar laman ni hasil design buah hati~ <3

Tadaaaa~~~ Dah jadi dah, Alhamdulillah~ Saya pilih untuk centerkan image sahaja dan bukan center gambar dengan "full width" kerana pixel image pecah dan kurang kemas di mata buah hati. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah~

Bersama sahabat-sahabat dalam kelas blog. =)

Seronok menuntut ilmu blogging dengan sifu-sifu yang best ni - kak Scheetah, kak Kay & kak Cery sendiri selaku mastermind untuk kami semua berkumpul dan belajar lagi dan lagi dan lagi! Seronok! Berblogging lebih mudah kini berbanding zaman study dahulu kerana banyak yang telah dipermudahkan untuk kita godek-godek, try and error ikut citarasa diri sendiri. 

Paling tak lupa, antara insan-insan yang berusaha keras untuk saya aktifkan diri untuk berblogger adalah mentor Shaklee saya merangkap nenda - kak Farihah & mak Shaklee sendiri iaitu kak Hany. Antara anak-anak saya yang aktif berblogging adalah Nurul Aini dan Norazini. Jika ada yang ingin berkongsi pengalaman untuk 'improve' lagi laman blog ini, dijemput dengan segala hormatnya meninggalkan komen bernas anda. Semoga ini menjadi medan untuk kami memberi lagi dan lagi hingga ke akhir hayat nanti, InsyaAllah~ =)

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad!
Senyum~~~ =)


1 comment:

  1. wah...dah cantik...Ju baru nak make up blog bg lawa2...

    ReplyDelete

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com