Tuesday, 28 April 2015

Jom kenali Shaklee!


Bismillah Walhamdulillah~

Hari ini saya nak berkongsi dengan semua tentang sejarah penubuhan syarikat Shaklee. Tak kenal, maka tak cinta kan? Tak tahu sejarah silam dan perkembangan Shaklee dari mula hingga yang terkini, kurang sikit la nak amik aura rasa keterujaannya seperti mana yang saya rasa! =)

Shaklee Corporation mula ditubuhkan pada tahun 1956 yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Walau bagaimanapun, sebenarnya, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta lebih awal "vitalized mineral" iaitu multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915.

 Ibu pejabat Shaklee pada tahun 1956

Terkini: Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California. 

Antara keunikan ibu pejabat Shaklee yang terletak di Pleasanton, California ini adalah, ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler yang mana bangunannya berkonsepkan mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi". Di mana saja kita berada di dalam ruang ibu pejabat Shaklee ini, kita boleh menikmati pemandangan indah semulajadi seperti langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang. Antara rekabentuknya yang serba moden dan maju adalah, bangunan tersebut mampu diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

100 tahun inovasi produk Shaklee

Jika kita teliti satu persatu, kita akan dapati bahawa syarikat Shaklee ini telah berkembang melalui inovasi produk yang dihasilkan dan setiap produk tersebut sentiasa berpegang kepada falsafah Shaklee iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

~Keistimewaan Shaklee~

Falsafah Shaklee:

1. Sentiasa Selamat

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Diantaranya adalah, menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida

2. Sentiasa Berkesan

Bukti Saintifik & Klinikal adalah berdasarkan 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007.

Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee yang mana ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

3. Sentiasa Mesra Alam

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Falsafah Always Green sentiasa menjadi misi Shaklee untuk memastikan produk yang dihasilkan Mesra Alam.

Antara kejayaan yang menjadi kebanggaan Shaklee adalah ia telah menjadi syarikat yang diiktiraf "Climate Neutral™" yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti yang dilakukan bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar dan ia dilakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. 

~Antara produk keluaran Shaklee~

Di Shaklee, semua produk adalah asli dan dihasilkan daripada rumusan semulajadi yang amat berkesan untuk memelihara kesihatan tubuh anda, dalaman dan juga luaran.

Sekian sahaja untuk hari ini,
Terima kasih! =)

http://4.bp.blogspot.com/-X8arMxsA11g/U7jiexTD2NI/AAAAAAAAAWs/ckuoqNeUFdA/s1600/Signature.jpg



No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com