Tuesday, 28 April 2015

Jom kenali Shaklee!


Bismillah Walhamdulillah~

Hari ini saya nak berkongsi dengan semua tentang sejarah penubuhan syarikat Shaklee. Tak kenal, maka tak cinta kan? Tak tahu sejarah silam dan perkembangan Shaklee dari mula hingga yang terkini, kurang sikit la nak amik aura rasa keterujaannya seperti mana yang saya rasa! =)

Shaklee Corporation mula ditubuhkan pada tahun 1956 yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Walau bagaimanapun, sebenarnya, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta lebih awal "vitalized mineral" iaitu multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915.

 Ibu pejabat Shaklee pada tahun 1956

Terkini: Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California. 

Antara keunikan ibu pejabat Shaklee yang terletak di Pleasanton, California ini adalah, ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler yang mana bangunannya berkonsepkan mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi". Di mana saja kita berada di dalam ruang ibu pejabat Shaklee ini, kita boleh menikmati pemandangan indah semulajadi seperti langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang. Antara rekabentuknya yang serba moden dan maju adalah, bangunan tersebut mampu diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

100 tahun inovasi produk Shaklee

Jika kita teliti satu persatu, kita akan dapati bahawa syarikat Shaklee ini telah berkembang melalui inovasi produk yang dihasilkan dan setiap produk tersebut sentiasa berpegang kepada falsafah Shaklee iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

~Keistimewaan Shaklee~

Falsafah Shaklee:

1. Sentiasa Selamat

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Diantaranya adalah, menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida

2. Sentiasa Berkesan

Bukti Saintifik & Klinikal adalah berdasarkan 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007.

Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee yang mana ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

3. Sentiasa Mesra Alam

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Falsafah Always Green sentiasa menjadi misi Shaklee untuk memastikan produk yang dihasilkan Mesra Alam.

Antara kejayaan yang menjadi kebanggaan Shaklee adalah ia telah menjadi syarikat yang diiktiraf "Climate Neutral™" yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti yang dilakukan bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar dan ia dilakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. 

~Antara produk keluaran Shaklee~

Di Shaklee, semua produk adalah asli dan dihasilkan daripada rumusan semulajadi yang amat berkesan untuk memelihara kesihatan tubuh anda, dalaman dan juga luaran.

Sekian sahaja untuk hari ini,
Terima kasih! =)

http://4.bp.blogspot.com/-X8arMxsA11g/U7jiexTD2NI/AAAAAAAAAWs/ckuoqNeUFdA/s1600/Signature.jpg



Wednesday, 22 April 2015

Jom Puasa Dengan Cergas! =)


Bismillah Walhamdulillah~

Hari ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsikan pengalaman saya berpuasa selama dua hari di bulan Rejab 1436h. Alkisahnya apabila saya bermula puasa 1 Rejab dalam keadaan terbangun lambat! Jam yang telah dikunci awal, ditutup kembali dan akibatnya, hanya terjaga 9 minit sebelum azan! Bayangkan, betapa haru-biru huru-haranya hidup manusia yang semangat nak berpuasa di 1 Rejab setelah lama tidak berpuasa sunat ni~ :p

Akibatnya, kalut bancuh 1 cawan air + ESP satu sudu + Cinch Shake Latte satu scoop. Sempat juga bancuh 1 Cinch Energy Tea untuk ditelan sekali. Dalam hati, cuma bertawakal saja sebab nak sangat berpuasa di 1 Rejab~ =)

Lepas tu apa jadi?

Haa.... Bermulalah episod teruja sekali lagi dengan produk Shaklee ni! =) =) =)

Di ofis;

*** Saya tidak mengantuk walaupun sahur tak minum nescafe / kopi 3 in 1
*** Saya lebih fokus, khusyuk kira claims yang banyak! (Selalunya, kira banyak-banyak ni kan senang terlelap! :p)
*** Saya rasa bertenaga sampai ke petang, balik umah untuk berbuka pun rasa masih cergas! Sampaikan terfikir, "Eh... dah nak berbuka???" Hehehe...
*** Rasa seronok kekal cergas dari siang sampai ke malam! =)

Nampak tak bezanya antara berpuasa dengan sahur makan nasi dan minum air kopi dengan berpuasa dan bersahur dengan secawan ESP + Cinch Shake dan secawan Cinch Energy Tea? Siap malam lepas berbuka, boleh keluar ke kedai beli barang keperluan lagi tu~ =) Hebat ka Seronok menjadi seorang isteri, ummi, pekerja yang masih cergas di malam hari walaupun siangnya berkerja di pejabat? Nak bermanja dengan anak pun seronok sebab kita tak letih sangat! (",)

Jom kenali apa yang saya ambil untuk bersahur dan berpuasa dengan cergas ni~

1. Cinch Shake Mix (Perisa Vanilla, Latte, Chocolate)



Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.

> Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
> Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian


2. ESP - Energizing SoyaSoy Protein Isolate Powder




Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
> Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
> Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. 

> Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
> Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal



3. Cinch Energy Tea
 

Tingkatkan Tenaga Anda

Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

> Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
> Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
> Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
> Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
> Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian

Yang paling penting, tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan! =)