Thursday, 12 March 2015

My Single Step~

Bismillah Walhamdulillah~

Lewat malam memulakan bicara, namun perkongsian ini ikhlas untuk semua. :) Malam ini, bertalu-talu mesej masuk di Whatsapp saya, sama ada group mahu pun personal. Saya yang baru terjaga dari tidur sebentar akibat mata yang bermasalah tadi, terus segar. Terlalu segar. Kerana apa? Kerana bertalu-talu mesej masuk dari anak dan cucu Shaklee saya yang terlalu dahagakan ilmu dalam berbisnes Shaklee ini.


Ya, semua orang pernah melalui fasa yang sama. From zero to HERO. "A journey of a thousand miles begins with a single step". =) Perjalanan saya bersama Shaklee bermula dengan set kehamilan Shaklee. Tidak berniat untuk berbisnes, tapi lebih kepada ingin merasai sendiri kesan pengambilan Shaklee untuk kehamilan yang pertama ini. Atas sebab saya seorang yang tidak mementingkan kualiti makanan yang sihat sebelum ini, maka sumbangan nutrisi melalui pengambilan suplemen itu amat saya perlukan.

Alhamdulillah~ fasa kehamilan selama 9 bulan itu berlalu dengan indah. Nikmat sihat saya dan bayi dalam kandungan, satu nikmat yang tidak ternilai. Walaupun overdue 10 hari, si anak tetap sihat dan akhirnya selamat melihat dunia pada 7 Syawal 1434H bersamaan 14 Ogos 2013.


Dan kini, anak cucu saya dalam Shaklee mula mengorak langkah. Berkongsi rasa atas kesan yang mereka rasa, berkongsi impian untuk bantu insan-insan disekeliling, agar semua merasai nikmat sihat bersama suplemen Shaklee. Nikmat sihat ini milik semua kurniaan dariNya. Ada yang masih tercari-cari jalan penyelesaiannya namun tidak bertemu jawapan. Andai ada perkongsian kita hari ini yang menjadi penghubung kepada penyelesaian masalah yang ada, semestinya kebahagiaan yang dikecapi itu satu nikmat yang tidak ternilai.



Ya, fokus kepada apa yang kita perlukan, tinggalkan segala yang tidak perlu di tempat lain. Seringkali kegagalan untuk fokus itu menjadi penyebab kepada kegagalan kita mencapai impian yang ada. Kemuncaknya, impian itu terkubur dan mungkin juga ada yang akan menjawab, "Bukan rezeki aku nak capai impian ini...". Apa pun, setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Fokus kepada kekuatan kita untuk mencapai cita-cita. Kelemahan yang ada, kita usahakan untuk perbaiki lagi di masa akan datang. Bak kata nanny Farihah, "Suluh kekuatan diri sendiri dan seterusnya rangka strategi untuk bertindak". 



Semoga kita semua berjaya mencapai setiap IMPIAN! =)

Salam sayang dari Ummi si Aleef,
Senyum~~~ =)

No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com