Thursday, 12 March 2015

Mengapa Shaklee?

Bismillah Walhamdulillah~

Memulakan bicara dengan lafaz Bismillah & Alhamdulillah, semoga perkongsian ini membuahkan manfaat kepada semua para pembaca. Rasa ingin berkongsi kepada semua, mengatasi rasa perlu untuk tidur. Ya, berkongsi kebaikan yang dirasakan bersama Shaklee, natijahnya indah seakan nikmat kurniaanNya yang tidak ternilai.

Dulu, saya juga berasa jelak, mengapa asyik Shaklee? Sana sini orang bercerita tentang Shaklee. Antara produk yang paling popular, ESP. Ke blog kawan juga ESP, balik kampung pun ESP. Rupa-rupanya, kakak ipar juga telah mencuba ESP Shaklee.


Namun segala-galanya berubah ketika disahkan mengandung oleh doctor . Bermulalah agenda mencari, makanan tambahan yang sesuai untuk ibu yang mengandung. Terjumpa pula sharing dari senior sekampus tentang set kehamilan Shaklee. Shaklee lagi??? Oh my~~~ Akan tetapi, asbab dia adalah orang yang saya percaya, ukhuwah antara kami bukan setahun dua, terus hubungi untuk mencuba. Bila dikira-kira kembali, alamak! Mana nak dapat duit untuk suplemen ni? Bukan murah tetapi tekad juga demi zuriat yang tercinta. Bermula dengan B-complex dan Vitalea, saya upgrade lagi kepada ESP, Vitamin C Chew (zaman itu, Vitamin C Sustained out of stock pada waktu yang lama) dan Ostematrik.


 Poster ehsan dari Kak Nad~ =)

Trimester pertama, masih mengambil B-complex klinik. Akan tetapi, apabila belajar tentang B-complex Shaklee, secara jujurnya saya tinggalkan saja bekalan dari klinik tanpa pengetahuan ibu bapa! Awal kehamilan juga saya selalu pening kepala tapi tidak pula bertanya lebih lanjut kepada doktor. Ingatkan, simptom biasa wanita mengandung. Apabila keputusan darah keluar, rupa-rupanya saya mengalami masalah HB low. Pesan doktor, carilah makanan seperti kerang atau hati untuk naikkan kembali HB saya. Namun, setelah rujuk kepada senior, beliau pesan upgrade dos Vitalea kepada 2 biji setiap hari. Sekali lagi secara diam-diam, saya meninggalkan bekalan ubat klinik yang dibekalkan. Bukannya apa, saya rimas perlu jarakkan masa antara ubat dan suplemen Shaklee. Walaupun pada waktu itu, saya tiada kesedaran langsung tentang kesan pengambilan ubat pada tubuh badan dalam jangkamasa lama berbanding pengambilan makanan tambahan yang berunsurkan bahan semulajadi.

Hari demi hari berlalu. Alhamdulillah sepanjang proses kehamilan saya tidak mempunyai masalah alahan atau sebarang penyakit lain. Saya memang betul-betul menjaga pemakanan kerana bimbang akan menjadi obesiti atau terjebak dengan masalah kencing manis atau hypertension semasa mengandung. Salah satu keajaiban yang saya alami juga, sejak mengamalkan Ostematrik, tiada lagi masalah kejang di kaki & sangat senang untuk membuang di pagi hari. Ibu mengandung mana yang tidak seronokkan? Tiada masalah kejang, tiada masalah sembelit, Alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan sentiasa sihat dengan Shaklee. Kesan pengambilan Vitalea 2 biji sehari juga membuahkan hasil mantap! Ujian darah kali kedua, HB saya meningkat kembali. Bah kan doktor puji: "Bagus Aina!!!" Alhamdulillah~~~ selamat satu masalah



Dan akhirnya, apabila trimester ketiga bermula, stok Shaklee saya bertambah satu lagi iaitu Omega Guard - Minyak Ikan Shaklee. Hmmm~~~ Satu lagi produk menarik kerana ia menyelamatkan saya dari masalah kenaikan berat badan yang berlebihan. Minyak ikan Omega bagus untuk perkembangan otak bayi. Bagus juga untuk membakar lemak yang berlebihan.

Walaupun penghujung trimester saya di bulan Ramadhan, Alhamdulillah saya berjaya puasa penuh selama sebulan dan bayi dalam kandungan tetap membesar dengan sihatnya sehingga mencecah ke 4kg. Bukan ummi dia yang bertambah berat badan, tapi si kecil yang di dalam itu bertambah bulat dan sihat bahkan tidak mahu keluar walaupun dah lebih tarikh jangkaan bersalin selama 10 hari. Dan akhirnya, keluar juga si comel ummi melihat dunia! Alhamdulillah~~~ Dengan berat sebanyak 4.12kg, lenguh juga ummi dukung setiap hari. Tapi takpe, Shaklee ada! (",). Set kehamilan Shaklee ummi, terus upgrade taraf menjadi set berpantang pula. Sebab kebanyakannya berfungsi untuk kesihatan yang menyeluruh buat ibu mengandung dan berpantang~ InsyaAllah, entry akan datang, saya kongsikan mengapa set kehamilan Shaklee mampu berubah menjadi set berpantang Shaklee pula.

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef!
Senyum~~~ =)

No comments:

Post a Comment

Jemput tinggalkan komen atau jejak anda~ >,<

Untuk sebarang pertanyaan mahu pun pesanan,
boleh hubungi saya melalui:

>> Whatsapp: 0132928871
>> PM di facebook: www.facebook.com/ainafzm
>> Email: aina.fzm@gmail.com