Tuesday, 5 August 2014

Alhamdulillah Syukur~

Bismillah Walhamdulillah~

Tiada kata seindah bicara,
Tiada madah seindah bisikan kalbu,
Tiada lafaz menzahirkan rasa,
Hanya syukur Alhamdulillah di atas rasa syahdu~

Alhamdulillah~~~

Akhirnya, terbuka hati jua untuk berbicara. Dalam diam, menyimpan rasa rindu bermadah seperti dahulu. Seronok menzahirkan tanpa suara, hanya tangan saja yang lincah menari-nari di atas papan kekunci.

Ini adalah permulaannya. Malam ini terasa seronok apabila bertemu kembali seorang junior sewaktu bersekolah di Kuala Selangor dahulu. Sepanjang "chatting", minda begitu asyik mengulang kembali rakaman sewaktu kami di sekolah dulu. Berjumpa di asrama, di musolla, di padang sewaktu riadah... Allah~~~ Dan lebih teruja campur perasaan tidak percaya, beliau mendirikan rumahtangga bersama "ex-ofismate" saya beberapa tahun lepas. Allahurobbi~~~ Indah sungguh percaturanNya. Satu demi satu, sedikit demi sedikit, tiada lafaz kesyukuran yang mampu dizahirkan! Terima kasih Ya Allah~ :)