Sunday, 24 December 2017

Landmark Study - Bukti Produk Shaklee Selamat Dan Berkesan



Jika anda sering tertanya-tanya apakah sebenarnya bukti bahawa produk Shaklee ini berkesan dan selamat untuk jangka masa panjang, "A Landmark Study" adalah jawapan terbaik bagi persoalan yang bermain di minda.

Pada tahun 2004, Pengerusi dan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnet ingin mengetahui  bagaimana keberkesanan produk Shaklee itu mampu membantu menggalakkan kesihatan yang baik. Atas sebab itu, beliau telah bersetuju untuk membiayai satu kajian yang komprehensif untuk membandingkan pengambilan produk Shaklee dalam jangka masa panjang dengan sekumpulan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengamal produk Shaklee, pengamal satu makanan tambahan saja dan peserta yang tidak mengambil apa-apa makanan tambahan. Di sini bermulanya "The Shaklee Dietary Supplement Study @ Landmark Study". Ia mengambil kira penggunaan paten, status kesihatan dan status nutrisi setiap peserta dalam kumpulan tersebut.


"Landmark Study" ini adalah satu kajian unggul iaitu satu-satunya syarikat yang menjalankan penyelidikan persendirian ke atas kesihatan dan risiko pengambilan makanan tambahan dalam jangka masa yang panjang.  Ia adalah satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti  Berkeley di California yang diketuai oleh seorang doctor iaitu Doktor Glady Block. Ini bermaksud, kajian tersebut dijalankan sepenuhnya oleh pihak universiti dengan pantauan dari Doktor Glady.

Ini adalah senarai produk Shaklee yang diambil oleh Kumpulan Pengguna Shaklee


Hasil dari kajian tersebut:


Keputusan 1: Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi

Paras nutrisi dalam darah lebih tinggi bermaksud produk Shaklee adalah tinggi bioavailable iaitu penyerapan nutrisi produk Shaklee di dalam tubuh badan manusia lebih efisyen. Ini membezakan produk Shaklee dengan produk vitamin yang lain seperti yang terdapat di farmasi. Walaupun kadar nutrisi tinggi tapi jika ia tidak mampu diserap oleh badan, nutrisi tersebut akan tersingkir dari tubuh badan manusia.
 Keputusan 2: Risiko kesihatan rendah kerana bacaan darah lebih baik

Semakin rendah risiko, bermaksud kita berada dalam tahap kesihatan yang baik. Ujikaji ini meliputi kadar Homocysteine, HDL Kolestrol, Triglyceridies dan C-Reactive Protein yang ada dalam setiap tubuh badan peserta kajian tersebut.

 Ini adalah contoh hasil keputusan darah bagi setiap peserta kajian ini.

 Keputusan 3: Kes penyakit lebih rendah

Keputusan melalui carta di atas yang menakjubkan kerana peratus penyakit diantara pengguna Shaklee adalah sangat rendah. Keputusan ini meliputi peratus diantara penyakit Diabetes, Heart Health (Kesihatan Hati), Strok dan Emphysema (Jangkitan paru-paru) berbanding kumpulan yang tidak mengambil makanan tambahan mahu pun mengambil makanan tambahan satu jenis sahaja.
 
Keputusan 4: Pengguna Shaklee rasa lebih sihat

 Keputusan diatas adalah berdasarkan soal selidik untuk setiap peserta kajian. Melalui kaji selidik ini, pengguna produk Shaklee menyuarakan bahawa mereka rasa lebih sihat, lebih bertenaga, lebih positif berbanding kumpulan lain yang tidak mengambil makanan tambahan atau satu jenis produk sahaja. Dengan badan yang sihat, kehidupan anda pasti lebih hebat!

 Keputusan 5: Risiko rendah

 Keputusan ini menunjukkan tidak ada satu pun yang mengalami masalah nutrisi yang berlebihan di dalam tubuh badan bagi pengamal produk Shaklee. Ini membuktikan bahawa produk Shaklee adalah selamat kerana tubuh badan akan menyingkirkan nutrisi yang berlebihan jika tidak diperlukan oleh tubuh badan.



Sebelum berakhir, saya kongsikan video yang disediakan oleh Shaklee Malaysia tentang 'Landmark Study'. Alhamdulillah, dengan adanya kajian yang sangat penting seperti "Landmark Study" ini, saya tidak mempunyai masalah untuk ragu-ragu dengan setiap produk Shaklee. Pastinya ia lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Untuk bacaan lebih lanjut lagi, sila layari:

http://www.landmarkstudy.com/
http://healthresource.shaklee.com/

Sehingga berjumpa lagi! (",)

Aina Fazlina | 0132928871 | SID: 896514

Friday, 22 December 2017

Master Recognition Rally Shaklee


Sabtu lepas, 15 Disember 2017, Alhamdulillah atas keizinan dariNya, saya, Aleef Arsyad dan kakak berjaya menghadirkan diri ke Master Recognition Rally Shaklee bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi meraikan pengedar bebas Shaklee yang berjaya mencapai pangkat tertinggi di dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator. Majlis yang diadakan dengan gemilang ini dihadiri oleh ramai pengedar bebas yang berada di dalam susur galur yang sama, mahu pun tidak dan juga mereka yang baru berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee serta peluang perniagaan yang Shaklee tawarkan.


Pasangan yang diraikan - Master Dr. Hasifah & Master Norsyaheera bersama pasangan masing-masing

Master Dr. Hasifah adalah seorang doktor yang melepaskan jawatan beliau ketika gaji telah mencecah RM 11,000.00 sebulan. Beliau seorang doktor yang anti suplemen namun akhirnya akur dengan keberkesanan produk ESP dan Ostematrix Shaklee pada diri beliau. Atas sebab kekangan masa sebagai seorang doktor yang lebih banyak tertumpu masa pada kerjaya seorang doktor, beliau tekad untuk mengusahakan bisnes ini sehingga berjaya. Suami beliau juga seorang yang anti MLM akhirnya menjadi pendorong dan penyokong setia bila melihat perit jerih usaha isterinya membuahkan hasil yang lebih daripada gaji seorang doktor sebulan.

Master Norsyaheera adalah seorang ahli Farmasi dan suaminya seorang doktor perubatan. Mereka adalah seorang usahawan dan leader yang bejaya capai pangkat tertinggi sebagai seorang Master Coordinator dalam waktu yang singkat. Doktor Izwan adalah junior Doktor Hasifah sewaktu belajar bidang perubatan di Rusia dulu. Beliau telah merisik bisnes untuk isteri beliau agar membina "home based" bisnes. Pada permulaannya, isteri beliau juga ‘sceptical’ dengan MLM akan tetapi dengan nasihat bimbingan mentor, mereka telah terjebak sehingga menjadi master dalam jangka waktu yang singkat.

Ucapan alu-aluan dari Presiden Shaklee Malaysia - Ms. Helen

Upline saya - Master Farihah, Master Zuraifah dan sideline Master Nor Fahana


Partner in crime: Master To Be Aida Fadriah

Master To Be Aina Fazlina

Master Cilik To Be Aleef Arsyad

Sebelum berakhir, saya kongsikan Perkongsian Masters Dr. Hasifah & Iskandar di majlis Master Recognition Rally tersebut. Terlalu banyak kisah-kisah yang membuatkan saya terinspirasi dengan kejayaan beliau serta tidak kurang banyak juga tips-tips perniagaan yang dikongsikan melalui pengalaman beliau sepanjang menjalankan perniagaan Shaklee ini.

Credit to Master Hadhatina

Bisnes Shaklee adalah salah satu peluang mudah menjana pendapatan sampingan untuk suri rumah atau mana-mana individu yang sedang mencari sumber pendapatan tambahan. Situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang memaksa setiap individu melakukan dua atau tiga kerja dalam satu masa. Melalui bisnes Shaklee juga, kita boleh jana pendapatan sampingan tanpa modal melalui promosi-promosi Shaklee yang ada. Jika anda berminat, pastikan anda menghubungi saya di 0132928871.


Sehingga berjumpa lagi! (",)

Aina Fazlina | 0132928871 | SID: 896514

Thursday, 21 December 2017

Cara meningkatkan HB sewaktu mengandung

Berita kehamilan adalah antara perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru berkahwin. Namun, ketika bermulanya trimester pertama, tiba-tiba ibu yang hamil berasa lemah longlai tidak bermaya. Seringkali ibu tersebut mengalami situasi pening kepala dan hampir pitam terutama apabila bangun dari kedudukan duduk yang lama. Apabila membuat rawatan bulanan, doktor mengesahkan bahawa hemoglobin (HB) anda rendah.




Antara tanda-tanda yang sering dialami oleh ibu mengandung yang mempunyai HB rendah adalah:
  • Pening kepala
  • Wajah pucat dan kulit kusam
  • Penurunan selera makan
  • Sering rasa hendak pitam
  • Lemah, lesu dan tidak bermaya

Antara makanan tambahan yang disarankan untuk ibu mengandung meningkatkan HB adalah pengambilan Vita-Lea Iron Formula Shaklee.

Vita-Lea Iron Formula merupakan multivitamin yang pertama dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915 di US. Ia merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan yang optimum. Setiap hidangan mempunyai 28 vitamin penting dan mineral termasuk Vitamin C, E dan beta carotin untuk perlindungan antioksida. Vita-Lea Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, dan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat serta  menggunakan sistem penghantaran microcoating yang dipatenkan untuk memastikan penyerapan asid folik


Manfaat pengambilan Vita-Lea Iron Formula
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh
  • Menambahkan tenaga serta melengkapkan nutrisi harian
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.



 Harga, kuantiti serta saranan pengambilan Vita-Lea Iron Formula
  • Harga pasaran: RM 93.75
  • Sajian: 60 hari
  • Kuantiti: 120 biji
  • Saranan pengambilan: 2 biji setiap hari

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mengalami masalah hb rendah sewaktu hamil permata hati yang dinanti-nanti. Hubungi saya untuk sebarang info berkenaan produk Shaklee di di nombor: 013-2928871.



Sehingga berjumpa lagi! (",)

Aina Fazlina | 0132928871 | SID: 896514